Count for me please ^^

Sunday 22 April 2012

kehidupan aku sebagai seorang budak sem 2 ptsb bakal berakhir (:

Assalamualaikum semua,


Dah lama aku tak update blog kan? haha. Ni semua sebab aku,
aku, aku study, ehem. hahaha. Dah nama pun minggu study
week, so aku kena study, esok dah start minggu exam. makin
nervous aku rasa =..= tapi kan, aku punya first exam hari selasa (:
Ni pun aku curi-2 update, ikut perancangan aku, lepas habis
exam baru aku bergiat semula dalam bidang blogging nih.
tapi rasa rindu dekat blog makin kuat, so aku tak tahan, aku nak
update jugak! hahaha.


Aku rasa hari-2 aku layan burger chicken mcmuffin yang rm2.50
dekat mcd tuh. aku rasa sebab budak-2 ni lah pengaruh aku.
nasib ah harga dia pun ciput je, kalau tak kopak duit aku. 
hahaha. and promotion tu dah habis smlm, aku makan smpai
dua burger tu ;D huhu, Aku datang sana, aku tengok ramai budak
poli bajet study, padahal dating and nak market je, kalau kau tengok
aku pakai mcm mana, sebijik mcm mana nak pergi pasa malam.
yang budak-2 ni dah buat mcd tu mcm pavy =..= aku tak faham,
bajet awek cair ah tengok kau handsome-2 dekat mcd tu, puii.
hahhaa. nmpk sgt kau nak market bang oi (:


Ha, pasal study pulak, budak2 rumah aku dah start bukak and baca
buku, alhamdulillah (: dorang punya smgt nak exam dah tiba. so aku
pun terikut-ikut, ni depa p library poli nak study, hahaha. aku malas nak
ikut, sebab kalau aku ikut, dorang tak belajar punya. sembang lebih.
dia kalau nak study ni tak boleh ramai-2, cukup tiga empat orang,
kalau ramai-2 mmg jadi lain. tak silap-2 kena halau dari library tu, haha.
padan muka kan. buat malu je, 


Aku ada lagi 10 hari je dekat poli nih, lepas tu aku nak balik rumah dah!
cuti 2 bulan kot, apa entah aku nak isi program 2 bulan tu, aku harap cuti
ni best lah, nnt rindu kawan-2 poli, rumah sewa, lecturer and awek2
yang main dekat taman depan rumah, hahahaha ;D tu tipu. ha sampai sini
dulu lah. cek nak p makan, lapaqqqqq =..= babai.


So akhir kata dari aku,
             "aku ni hensem kan? ahahhaha"

Friday 13 April 2012

Kosanostra melanda diriku XD

Assalamualaikum semua,

Korang-korang yang duduk kulim perasan tak pasal ada serangga banyak-2
datang ziarah rumah korang? Menyampah kot. Serangga tu bersepah kat
rumah aku, padahal aku tak buat apa-2 kenduri pun, hahaha. Padahal lepas
habis kelas, kiteorang punya la susah payah kemas rumah. Dulunya
macam sangkar buaya kini dah jadi macam syurga, ececeh, bermadah
pulak aku. Tapi betul la, dulu berselerak, sekarang dah tersusun, sejuk
mata aku memandang, hahaha. Then, 4 orang budak rumah aku balik
selangor. Weh, aku nak balik jugak tapi mak aku tak kasik! hahaha. So,
4 mei nnt jelah aku balik sana ya. Terus cuti 2 bulan, heheh (:

So punyalah selesa rumah bersih, aku tertidur sebab kipas amat sejuk,
(baru dicuci) hahaha. Lepas tu aku diganggu oleh satu serangga apa tah.
Sayap dia dah hilang, dah mcm ulat nasi aku tengok, bersepah. Aku pk
ulat apa tah, last-2 aku masuk tandas, gila ah dia punya sayap tinggal
merata-rata. aku taktahu dia salin sayap ke apa, tapi mmg semak rumah
aku! aku geram betul dengan serangga-2 tu. kalau rumah aku ada
ridsect dah lama aku tamatkan riwayat mereka itu, sebab letih kot
kemas rumah, baru aku sedar akan kepenatan emak aku di rumah, aku
selalu buat sepah, dia yang kemas, hew hew :3 sekarang aku dah
insaf, nnt aku tanak buat sepah da. letih wehh =.='

Ha, hari ni pulak. aku bangun awal weh, tak sangka time-2 cuti ni aku
boleh bangun awal, biasanya aku tak akan nampak pagi (: hahaha.
well you know me (: then pegilah solat jumaat, habis solat aku g beli
2 bungkus cendol, hahaha, lapa kot, dari smlm tak makan. bukan
ikat perut ke apa, tapi sebab tak ada selera nak makan. then kiteorang
lepak makan dekat kedai 1 malaysia dekat sungai ular tu. Lepak punya
lepak, tetiba makcik tu ckp 'eh bungkuskan lauk-2 yang lebih tu, bagi
dekat budak-2 tu ha' hahahaha, masing-2 mula lah senyum kerang busuk.
rezeki jangan di tolak, bnyak jugak lah lauk yang dia bagi, dia bagi
kiteorang air sirap sekali. package kan (:

Then tadi suruh sawet pegi beli nasi bujang dengan air, setiap sorang
satu, pastu kiteorang "kekah" lauk-2 yang makcik tu bagi ptg tadi.
hahaha, bijakkan? alhamdulillah, kenyang gila weh, plus jimat
duit belanja harian. Terima kasih makcik bagi kiteorang rezeki (:
And now budak-2 rumah za cakap nak main futsal, so aku followkan
saja, dah biasa main dengan team diaorang. dari duduk kamsis dlu (:
yang taktahu kamsis tu apa, kamsis itu ialah hostel politeknik.
ngeee (: okay lah korang, aku nak undurkan diri dulu dan
Selamat malam (:

So akhir kata dari aku,
          "jangan jadi macam haruan makan anak"

Thursday 12 April 2012

Gempa bumi vs Hujan lebat

Assalamualaikum semua.

Korang tahu tak tadi ada gempa bumi? Sampai dua kali kau tahu.
Tapi yang malangnya dua-2 aku tak rasa sebab time tu aku
tengah lena tidur (: hahaha. Aku kalau dah tidur apa pun
tak perasan, So maaf lah ya (: Dengar cerita gempa bumi yang
first tu 8.9 skala ritcher and yang second pulak 8.7 wohoho.

Yang paling kesian sekali dekat Acheh, Indonesia lah. habis ranap
bangunan and jalan raya, kesian dioarang tuh. so sedekahkan lah
doa untuk kesejahteraan mereka ya. Ha then mula-2 amaran tsunami
dikeluarkan. Dijangka akan melanda pantai barat Malaysia, tapi tak
lama lepas tu amaran tu ditarik balik. so bersyukur lah kita semua
ya (:

Okay dah habis pasal gempa bumi, Ni aku nak cerita pasal aku
mandi hujan tadi, wohoho (!) feeling gila weh, hahaha. tapi moto
sawet ah jadi mangsa, Kiteorang ramai-2 pergi lepak kedai mamak
tengok bola, Manchester United vs Wigan Athletic. Time pergi tu
mmg dah hujan dah pun, tapi biasa-2 je. dah habis je game tu, ada
game Real Madrid vs Atletico Madrid pulak. so kteorang pun
sambung lah lepak situ, tengah-2 syok tengok game tu, nahhh!
kilat sabung menyabung, tiba-2 hujan lebat, hahaha, terpinga-pinga
semua orang.

Habis je game tu, kiteorang decide nak redah je, bukan selalu main
hujan kan. Aku pun okay je lah (: hahaahaha. Tapi yang mengecewakan
sedikit tu siot betul diaorang, bawak tanak kemain lajunya. Tak
takut eksiden ke =.=' tapi aku sebagai pemandu berhemah, bawak jelah
moto slow-2. Pergh dia punya sejuk sampai satu badan rasa.
Yang penting budak-2 ni semua dah hilang dari pandangan mata
kasar aku ni ah, hahaha, laju gila bawak. Sampai je kat simpang nak masuk
lorong rumah aku, bapak gelap, lampu jalan semua tak ada.


Bawak punya bawak, nahh kau! ada satu tempat tu banjir, aku tak perasan.
Lepas tu bila dah lalu. Bush!!! macam ombak tsunami. hahahaha. habis
lencun badan aku, gila oh, kalau aku bawak laju sikit, aku rasa moto tu
dah jadi kapal titanic, hahaha, takpa, atleast itu pengalaman yang berharga
bagi aku. Sampai je rumah aku terus bukak sua baju pegi mandi terus.
Sebab aku takut nnt aku demam, hehehe (:

So akhir kata dari aku,
         "percayalah semua kata-2 sami vellu lawak belaka" (:


Wednesday 11 April 2012

Resah dan tidak senang, hidup berlalu pergi (:

Assalamualaikum semua,

Aku rasa dah 2 hari aku tak post apa-2 kan? Aku sendiri taktahu
kenapa aku rasa lifeless. Hidup aku "mendatar" je, tak ada turun
naik. Tuhan tolong beri aku petunjuk. Apa yang salah biar aku
betulkan, aku redha dengan cabaran yang Engkau beri kepadaku.
Berikan aku penawar dalam kehidupan ni, semoga hidupku
berseri semula.

Okay, kelmarin. aku pergi kelas macam biasa. Then, entah, ada
satu perbualan rahsia yang tak boleh aku dedahkan dekat sini
yang buat aku rasa, aku kurang kasih sayang ke? aku tak cukup
kasih sayang ke? aku hidup untuk apa sebenarnya?entah la.
Aku rasa orang tak nampak pun kasih sayang yang aku berikan.
Dengan cara apa sekalipun, orang tak perasan, orang hanya
nampak, aku berseronok dengan hidup di dunia, tapi dalam hati aku?
ada sesiapa faham? kau nampak je aku macam tak ada masalah kan?

Tapi sebenarnya aku pendam. Aku taktahu siapa yang boleh bahagiakan
aku selain family aku. Aku berdoa ada orang dapat bimbing aku,
dan bukan sebaliknya, aku pun nak berubah, aku pun nak ada hidup
aku sendiri, Aku nak rasa kasih sayang dari orang lain. Tapi yang
aku dapat? Suatu perasaan yang mendatar. Tak tahu dari mana
puncanya, dari mana asalnya? dan benda tu seakan tidak ikhlas
datang padaku. Ya, aku pendam, aku pendam sehingga ke hari ini.
Kau ingin dibelai? aku sangat terasa. Terus terang aku amat terasa.
Aku ni "loser" (: tapi itu lah aku, orang tak perasan pun dalam hati
aku ni pun ada ruang untuk diberi kasih sayang,

Namun, ruang itu seakan-akan tersembunyi oleh perasaan aku yang
lain. Aku tak pernah nak luahkan rasa sedih aku dekat sesiapapun,
termasuk keluarga aku, kalau tak percaya pergi lah tanya, Ya, orang
cakap anak last ni manja, sikit-2 mengadu mak bapak, tapi aku tak
macam tu (: segala susah senang aku di sini, aku pendam. Ya, aku
tidak ingin menyusahkan sesiapa. Itu lah aku (:

So, aku harap korang faham apa yang aku cuba sampai kan (:
Oh ya, aku bukan meminta belas kasihan dari korang, aku cuma
nak korang dengar isi hati aku, fahamkan perasaan aku.
Sory lah kalau post kali ni sedih sikit, tapi ternyata inilah keadaan
aku sekarang ni :')

So akhir kata dari aku,
   "Hidup ni tak selalunya bahagia, kadang-2 kita di atas dan sebaliknya"

Sunday 8 April 2012

Digi Easy Prepaid (:

Assalamualaikum semua,

Korang pernah dengar tak benda ni "I follow you" hahaha. Ya, yang itu lah,
yang gergasi warna kuning yang akan ikut korang kemana korang pergi,
yeah (: Digi lah, betul dah tu, tayah nak bangga sangat. hahaa. Aku baru
beli simcard digi ni tadi. Memang dah plan dari dulu lagi nak beli but
tak ada masa, sibuk sangat mencari ilmu. hahahaha (:

So, kebetulan tadi aku rasa lapar, diaorang ni ajak lah pergi makan dekat
MZ Ah Lai dekat maybank tuh, makan punya makan, baru aku teringat
aku punya number maxis dah habis kredit, so alang-2 dekat situ ada kedai
handphone, aku pun masuk lah pergi beli topup, 

Tiba-2.

Habis je tuh aku pun saje lah usya-2 meja kaca dia tuh, dekat situ ada
bersepah number phone untuk dijual. so aku tengok ada simcard digi,
belek-2 wallet,cun ada duit (: so aku sajalah survey-2 number, aku dah
cakap dekat kawan-2 aku, kalau number tak cantik aku takkan beli, then
aku taktahu cane, memang dah takdir kot,ada satu number digi nih, agak
cantik and senang nak ingat (: so dengan lajunya aku panggil tauke kedai
tu, cakap aku nak beli number tu. Harga simcard tu rm17.00 ;D

So, dah balik aku terus rasmikan number tu (: hahaha. tak menyempat
langsung kan? tapi memang perangai aku mcm tu,so apa kau kesah?
hahaha.

And sekarang, aku takboleh nak tidur, mata aku segar sangat-2 di tambah
dengan sejuk yang amat sangat, sebab kat luar tu tengah hujan, so mesti
kawan-2 aku ni tengah syok bermimpi pelik-2. ahahha (: 

So akhir kata dari aku,
          "nama kau abu tetek kau seribu"

Saturday 7 April 2012

I'm a ZOMBIE (:

Assalamualaikum semua,


Cuba baca balik post tittle aku tuh, ha mesti korang nak tahu
sebab apa kan? hahaha, semuanya sebab aku tidur dari lama gila dari smlm
smpai hari ni, lebih daripada 12 jam, hahah (: Aku sendiri taktahu aku
penat tang mana. So half day aku taktahu apa yang dah jadi
dekat dunia ni XD


Bangun-2 je aku dah kena psycho dengan budak-2 rumah ni ha, cakap
aku zombie, gila betul, padahal dorang lagi banyak kali jadi mcm ni.
Lagi mau cakap aku ka? hahahah.


Aku rasa aku penat sebab korang bayangkan lah, lepas main futsal aku
lepak rumah zahiri teman dia bercekerama dengan seseorang
di laman muka buku dia. pastu rasa lapar pulak. Ajak yubi and the gang
kat rumah sewa tu keluar makan sekali, pastu keluar ah cari kedai makan
last-2 ada jugak kedai makan melayu yang bukak pepagi buta tu, 
kitaorang lepak kedai MZ ah lai dekat stadium tu. Sambil makan
kitaorang dihiburkan dengan movie "Ninja Assasin".


Then dah habis makan minum tengok movie semua, balik lah rumah sewa.
Sampai je rumah, dorang ni macam biasalah, mana nak tidur lagi.
Main counter strike, dota, ha yang terbaru FIFA 2012. wakakaka.
Then dorang dah bosan, dorang ajak pergi irfanah layan roti canai.
Aku yang tengah tak sedar apa ni and rasa malas terus tidur je.
tak larat nak ikut diaorang.


And now aku dah bangun (!) ahhaha,  tapi kau faham-2 jelah kan kalau
dah tidur lama-2 apa effect dia, aku "PENIN" (loghat kedah) (:


So akhir kata dari aku.
          "Bangun pagi, gosok gigi"

Friday 6 April 2012

Final test AA201 (:

Assalamualaikum semua,


Ha ni aku nak cerita pasal test pendidikan islam 2 (: Dari semalam
diaorang semua ni study, tapi aku buat relaks je, tidur main game tidur
main game, hahaha. ada yang sampai taktidur langsung sebab
study, punyalah serious mereka ni, tapi tu bukan  cara aku,
aku tidur puas-2 dulu then bila dah bangun, baru aku bukak buku,
baca apa yang patut.


Masuk ke tak masuk itu belakang cerita tapi Alhamdulillah cara
ni tak pernah lagi mengecewakan aku (: Yang ustazah aku bagi semua
masuk. So thank you PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHMAN, 
walaupun aku banyak buat hal dengan dia, dia still okay lagi dengan
aku, maybe sebab dia tu pensyarah "otai" politeknik tu. so dia dah
faham jiwa anak-2 muda zaman sekarang (:


Ya, aku happy dapat jawab test tu(!) mwah mwah mwah (:


Habis je test AA201 tu kitaorang semua pergi keluar makan.
Tapi time dekat garaj parking tuh, kunci motor ex5 kawan aku boleh 
pakai kat sebijik rxz nih =.=' nasib lah kawan-2 aku ni bukan pencopet,
kalau orang lain aku rasa nauzubillah dah rxz baru tu (: kiteorang start moto
tuh pastu just ram-2 je. memang gelak besar lah kan (: hahaha.


Habis je buat kerja bodoh tu, kitaorang gerak p makan rocan (roti canai)
dekat sungai ular, sedap jugak lah rocan orang kampung (: next time
rasa mcam nak makan dekat situ lagi. no wonder ramai orang datang
situ. hihi. Ni time aku update ni, budak-2 rumah aku tengah gelak-2
main Counter-Strike ramai-2. release tension katanya. hahaa.
mengikut plan kitaorang, maybe akan pergi mandi sungai, so siapa yang
nak ikut tu, bagitahu ya (:

So akhir kata dari aku.
         "biar lambat asal selamat"

Thursday 5 April 2012

Saya student Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (:

Assalamualaikum semua,


Hari ni aku taktahu kenapa, aku rasa diri aku macam seorang "pelajar"
yang sebenar dan berwibawa (: hahaha. nak tahu sebab apa? sebab aku
siapkan semuatugasan dengan lancar dan sempurna. wihi (: ada empat
tugasan yang aku buat;


1. Tutorial 3 mathematics of engineering.
2. Tutorial 4 mathematics of engineering.
3. Essay pendidikan Islam.
4. Ni yang paling aku khusyuk buat hari ni, Mechanics of Structure. Aku
     dah rasa macam Albert Enstein dah, banyak number bermain dalam
     otak aku ni ha.


Aku sendiri tak jangka aku boleh buat dalam masa satu hari. hebat kan
aku? (: Thank you all. Aku hargai sangat-2 pujian korang ni. miahahah :3
And esok pulak aku ada final test AA201 iaitu Pendidikan Islam 2.
Tak sangka aku punyapembelajaran dah nak tamat, lepas ni
FINAL EXAM. Aku nak balik rawang secepat yang mungkin(!) hahaha.


So tadi, aku pergi try makan dekat kedai dekat Sungai Dua nama dia aku
tak ingat tapi ada logo 1 MALAYSIA, hahaha. Amik punya amik lauk, nah
kau, sekali dia tulis untuk aku "RM7.00" memang korang ni 1 MALAYSIA
lah weh (: hahaha. tapi tak apa, pasal makanan takboleh nak berkira,
nanti tak murah rezeki orang tua-2 cakap (:


So akhir kata dari aku.
          "Perut kenyang hati pun senang (: "

Pengorbanan seorang kaki bola =.='

Assalamualaikum semua,

Dah 2 hari berturut-turut aku tengok bola sampai overnight nih =.='
Semalam barcelona vs Ac milan hari ni aku tengok Chelsea vs Benfica.
Padahal semua semangat nak tengok Real madrid lawan, tapi aku taktahu
kenapa, semua kedai kat kulim ni bukak Chelsea lawan Benfica, dari
satu kedai ke satu kedai kitaorang terjah but hasilnya tetap sama (:
hahahha. maybe orang Kulim ni anti Real madrid kot. haha itu aku taktahu.

Ha, Kelas aku hari ni pukul 9 tapi en selalu dia buat pukul 8 tapi entah
taktahu kenapa hari ni lain pulak?=.=' so aku rasa aku tidur lepas habis
kelas nanti kot, kalau aku tidur sekarang memang tak pergi kelas lah
jawabnya (: hehehe.  Now mata aku sakit sebab tahan tidur tapi nak
buat macam mana kan, tengok title post lah! hahaha (: cun.

So akhir kata dari aku.
             "pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat"

Demam bolasepak melanda kawan-2 ku (:

Assalamualaikum semua,

Blog aku sedang dinaik tarafkan dari semasa ke semasa (:
If korang ada sebarang cadangan untuk hiasi blog aku korang 
cakap je eh, Insya'allah aku akan buat.

Ha ni aku nak cerita pasal time aku pergi makan dekat MZ Ah Lai tadi,
sementara nak tunggu makanan yang kitaorang order tadi sampai,
tetibe je borak-2 pasal bola, aku rasa mungkin sebab pagi buta semalam
kitaorang ramai-2 tengok bola. So topik tu terbawak-bawak lah, haha.
Ha lagipun pukul 3.00am nanti kitaorang nak tengok
Real Madrid vs CSKA Moscow dekat Restoran Dinas.

So, cerita punya cerita tetibe kawan-kawan aku bergaduh mulut dekat kedai tu,
topik dia kan, pasal siapa lagi hebat, Real madrid ke Barcelona? hahaha, aku
yang duduk dekat situ gelak-2 je sebab aku tak sokong dua-2 kelab ni (:
Ha amik kau, masuk semua sejarah, berapa kali menang berapa kali kalah,
siapa gol paling banyak, sape lagi hebat, messi ke ronaldo, sape kaya sape
miskin, hebat diaorang ni, tapi kenapa time jawab exam Sejarah semua fail?
itu menjadi tanda tanya buat aku (: hahaha. lantak korang lah, janji 
puas kan? hahaha. 

Ha korang nak tahu lagi, even makanan dah sampai pun, diaorang
still gaduh lagi. Last-2 tak ada pemenang, semua senyap menikmati makanan
yang terhidang. Aku makan Nasi goreng biasa nasi lebih + telur mata + milo ais + air
kosong (: wahahhaa. sedap kan kan? itu lah menu harian aku.

So akhir kata dari aku.
        "bersatu kita teguh bercerai kita roboh" (:

Wednesday 4 April 2012

Hai buddy, this is me, ejam (:

Assalamualaikum semua,

Akhirnya, aku ya aku lah, sudah ada blog sendiri (: hahaha.
Tapi korang semua sabar ya, aku sendiri pun taktahu nak buat apa dengan blog ni,
tak ada orang nak tolong ajar aku, miaahaha.
so kalau korang ada rasa nak tolong aku, korang bagitahu eh? nnt kita cerita lain (:

So akhir kata dari aku.
       "pecah kaca pecah gelas. dah baca harap balas" (: