Count for me please ^^

Saturday 22 September 2012

Salam perkenalan dari "EJAM" ^^Y

Assalamualaikum semua,

Hehehe, aku lupa nak cakap pasal ni tadi. Aku cuma nak ucapkan terima kasih dekat korang semua yang baca blog aku :) Aku hargai semua yang korang dah buat. Buat pengetahuan korang, aku ni sebenarnya newbie lagi dalam dunia blog. So, korang tolong eh ajar-2 kan aku kalau aku ada buat salah dan silap.

So, aku rasa aku nak kenalkan diri aku dekat korang semua lah;


  • Nama: Mohamad Shaiful Nizam bin Mohd Ali
  • Umur: 19 tahun (2012)
  • Tempat tinggal: Rawang, Selangor
  • Tarikh Lahir: 22 June 1993
  • Tempat lahir: Hospital Besar Kajang, Selangor
  • Tempat belajar: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim
  • Kos Diploma: Civil Engineering
  • Adik beradik: 4 orang, Aku anak last :)
  • Status: Belum berkahwin. 

Haa, aku rasa buat masa sekarang ini je kot yang korang perlu tahu :) hehehe. Thanks sesiapa yang lepak kat blog aku semalam,Aku tak sangka aku leh sampai 31 orang lepak sekali dalam blog aku. Korang memang best :)


*ha betul tak? hehe, aku sendiri tak sangka sebenarnya. TQ so much <3


Kat bawah ni aku tunjuk kat korang gambar-2 aku sepanjang dekat kulim ni :D Saje cuci mata kejap en, hehe.


*gambar ni time aku duduk hostel dulu, air yang dalam tu air teh jer, so jangan pk lain eh :) hehehe.

*ni gambar time dalam kelas science. sempat lagi tangkap en :D hehehe.

*time ni kiteorang pegi lawat tapak pembinaan guna ibs dekat kl, dari kedah kiteorang mai kl, jauh tuh :p 

*gambar ni time buat survey engineering kat padang poli, panas kot :3

*ini pulak time buat lab test dekat makmal, uji ketahanan batu-2 tuh ah. baju bengkel aku ada org pinjam, tu yg aku tak pakai, hehehe :)

*ni pulak gambar time nak balik hostel, hehehe.

*ni lah gambar raya aku yang pertama dekat poli, hehehe.

*time first masuk rumah sewa, sebab tu semua berselerak :P hehehe.


*time jawab quiz sorang-2 :3 hehehe.

*otw nak pegi dewan, ada program raya jugak, tak ingat,
*ha yang ni, errrrrrr hahaha, takde ape pun, saje nak bg korang tgk dia, dia gempak en (Y)

So akhir kata dari aku,
            "buat pahal biar berkali-kali, buat dosa jangan sesekali :)"

Raya dekat poli :)

Assalamualaikum semua,

Apa khabar korang semua? Mesti semua tengah tunggu update dari aku kan? Hahaha. *perasan kejap. Hari ni aku tak berapa nak sihat sebab rasa macam nak demam je. Dari malam semalam aku batuk-2. Tapi tak apa lah, bukan nak mintak simpati dari korang pun sebenarnya. Hehehe. Hari ni punya update aku rasa nak happy-2 sikit lah. Aku nak kongsi kegembiraan aku beraya dekat tempat aku belajar, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Seminggu lepas cuti raya, jabatan kos aku ada buat jamuan raya untuk semua student bawah jabatan tuh. Memang setiap tahun jabatan aku wajib buat program ni, so ni kali kedua aku join dan memeriahkan suasana raya kat poli aku. Heheheh (: Jom follow aku rasa kemeriahan program itu melalui gambar-2 nih :D

*time ni baru sampai :)


*meh skodeng lecturer survey engineering aku :)
*Dapat sijil for anugerah AKJ (tapi bukan aku punya sijil pun) ahha :P
*lepaskan boring dlm dewan



*itu lah budak yang suke buli aku, say hai  to YATI :p
*ha ni pun classmate aku, dari sebelah aku, say hai to mira, yati, and hujung sekali tuh fatin. Baju kuning tuh lecturer Hydaulic 1 aku :) hehe.


*konon-2 pak imam kelas aku :D haha.
*ni gambar lepas kiteorang buat persembahan kat pentas.



*Classmate gua!
*say cheese to "L"

*aku letak gambar ni sebab semua tengah tunjuk gigi, hahah.

*they're awesome!
*time ni aku nak lari untuk tgkp gmbar dengan budak kelas, haha.







      
Ha ni lagi satu gambar tu, nampak tak muka aku yang penat? haha :P
*meet my housemate! hahah, dari kiri atas: gek, aku, yubi, amer, saufi, boy. dari bawah kiri: jai, manab, acap <3
Ha, gambar ni lah penyebab aku berlari dengan laju! hahaha. letih korang tahu tak :P
Selamat Hari Raya dari ejam sekeluarga (: hehehe.


Ha, korang dah tengok en gambar-2 raya aku kat poli macam mana? Happening tak korang rasa? hehehe, actually time jamuan raya ni aku datang lambat, sampai-2 je dah start kena buat persembahan dekat depan. Semua kelas sem 3 wajib buat persembahan, so kiteorang buat jelah (: Hehehehe. Sebab tu takda gambar tengah makan or minum apa-2. Semua tu dekat belakang-2 aku dekat depan :D Hehehe, tu jelah aku nak cerita kat korang untuk hari ni <3

So akhir kata dari aku,
         "Kau pernah rasa erti kesedihan? Tidak? Ha, kau memang kepala batu!"

Friday 21 September 2012

Ketagih dota sampai tak ingat dunia (Y) Hahaha.

Assalamualaikum semua,

Jeng jeng jeng! Hari ni aku nak bercerita tentang hobi aku pada waktu lapang dan kengkadang pada waktu aku busy (tapi tetiba sempat buat hobi ni) hahhaha pelik kan? tapi itu lah kenyataan :) Iaitu hobi aku bermain satu permainan komputer yang diberi nama Defend Of The Ancient ataupun lebih dikenali sebagai (DOTA). Aku rasa majority perempuan kat luar sana "ANTI" gila dekat game ni kan? Hahaha. Termasuk lah kesemua kawan-2 perempuan yang aku kenali. Dorang cakap sebab game ni macam-2 benda boleh jadi.

Sebab bila lelaki tu tengah main dota, kemungkinan besar dia takkan hiraukan keadaan sekeliling dorang. Dorang tetiba akan menjadi seorang yang amat fokus kepada suatu benda yang dorang hadap, ha game tu lah, DOTA. Hahaha. Bukan nak cakap kosong lah, sebab benda ni pun banyak kali jadi dekat aku. Bila orang call time aku tengah main dota, aku tak akan angkat selagi game tu tak habis. Tapi bila orang penting yang call macam mak ayah aku, aku fikir dua tiga empat lima kali sebelum angkat, kengkadang aku tunggu sampai game aku habis baru aku call balik. Pastu mula lah kena bebel potpet potpet :) hehehe. Aku tahu benda ni banyak jadi kat ramai pemain dota, nak kata game ni berhantu entah lah, ketagih kat game ni amat luar biasa.

Contohnya macam aku lah, bila takde kelas aku main dota. Bila kelas batal aku main dota. Bila bangun tidur aku main dota. Lepas solat aku main dota. Lepas mandi aku main dota. Balik kelas aku main dota. Kira hidup aku hari-2 main dota. Ha sampai tak mandi tak makan tak minum pun takpelah. Janji dapat main dota. Pastu macam biasalah, aku selalu kena perli;

  • "kenyang ke main dota tu?" 
  • "boleh wangi ke main dota tu?"
  • "ada life ke main dota tu?"
  • "boleh kaya ke main dota tu?"
  • "dota tu lagi penting dari aku ke?"
  • "kalau tak dapat main dota kau boleh mati ke?"

Hahaha, macam-2 lagi soalan sebenarnya, soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab. Aku taktahu lah sebab apa, kadang-2 aku tergelak sorang-2 bila fikir pasal ni. Walaupun aku tahu main game ni tak berfaedah, aku tetap akan main (: hahahha XD

Aku ada dengar dan baca orang post benda ni hah,

         "jika boyfrenmu mengangkat telefon ketika dia sedang bermain dota,
    maka janganlah kamu meninggalkannya kerana kamu benar-2 istimewa"

Hahaha, korang faham tak maksud dalam ayat kat atas ni? Bukan senang seseorang tu nak angkat fon ketika dia tengah main dota. Beribu alasan dorang boleh bagi, cakap pegi tandas lah, kat toilet lah, baru lepas makan lah. Haha, Lepas ni boleh lah korang cuba uji boyfren korang. Berani tak? Jangan kecewa sudah lah. Aku tak tanggung apa-2 yer kalau jadi apa-2 kat hubungan korang, korang pandai-2 lah dengan hubungan korang tuh. Aku cakap awal-2 and aku bagi cadangan jer. Hehehehhe :)

So akhir kata dari aku,
         "Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain. :D"

Thursday 20 September 2012

HEY SOULSISTER!

Assalamualaikum semua,

Hai kawan-2, korang sihat tak? (: Dah lama aku tak update blog aku ni kan? Mesti korang rindu kat aku sangat-2 kan? Haa, aku dah agak dah <3 hahahaha. Aku busy sikit dengan kerja assignment aku yang melimpah ruah. Maklum lah student yang cemerlang kan. bahahahha XD Aip aip, jangan jeles lah :P Ha, sekarang aku dah sem 3 kot, cakap pasal sem 3 nih, Subjek dia taknak payah pulak weh =.=' hahaha, sebab banyak subjek yang "calculation". Subjek2 yang aku kena amek time sem 3 ni ada banyak nih ;
           
1. Hydraulic 1
2. Softskill
3. Mathematic Engineering 3
4. Highway Engineering
5. Geotechnic
6. Osha 2
7. Tamadun Islam
8. English 2
9. Quantity Measurement

Ha, amek kau, ini lah yang aku belajar sepanjang sem 3 ni, ulang2 setiap minggu kelas yang sama. Takpe-2, aku anggap ni sebagai satu cabaran untuk aku nak berjaya kelak (: Tapi macam biasalah, mana-2 student pun mesti ada satu dua masalah dalam proses pembelajaran dorang. Kalau macam masalah aku, aku susah nak bangun pagi =.=' Kalau bab belajar tuh aku takdehal, tapi nak bangun pergi kelas tuh, aku liat sikit. Aku ada jugak tanya beberapa orang yang pakar dalam bab ni, tapi semua tips diaorang bagi, tak effect dekat aku. Hahaha. 

Hari first sem 3 aku dah buat perangai dah, kelas pagi deret aku tak pergi :) hahaha. Petang tu baru lah aku buat "salam pengenalan" dengan semua kawan-2 aku. Masing-2 takde mood belajar lagi, mood cuti masih menebal dalam kalbu dorang, termasuk aku jugak (Y) ahahha. Tapi nak buat macam mana, kitaorang ni student, so kena lah belajar dan belajar (: Lecturer aku sem 3 ni alhamdulillah semuanya baik-2 dan comel-2 belaka (: Sorang jer lecturer lelaki dan yang lain 8 tuh semua perempuan (Y) Bergetah lagi beb hahaha :D So semangat nak belajar tu ada, cuma entah, masalah aku sukar untuk diselesaikan.

Ha, ni aku nak cerita, aku dah dapat "SURAT CINTA" a.k.a "SURAT AMARAN" yang terakhir dari ustazah Tamadun Islam aku (Y) dah cukup enam jam aku tak masuk kelas dia tanpa ada surat MC, macam mana aku nak dapat surat MC kalau aku cakap kat doktor "Doktor, saya nak dapatkan mc boleh? Saya tak hadir ke kelas tadi, saya tak sihat, saya tidur tak ingat dunia tadi". Korang rasa doktor mana yang nak bagi korang mc weh? Bab-2 menipu pasal sakit ni aku tak berani, aku takut jadi betul2 (Y) So aku redha dengan ketentuan yang tuhan dah bagi kat aku, Dia tengah uji aku sekarang ni, dan aku terima dengan hati yang terbuka (Y).

Okay, pasal budak rumah aku, awal-2 sem hari tuh, semua budak lelaki kelas aku duduk satu rumah. Rumah yang tuan rumah kata limit dia 8 orang, kiteorang bagi masuk sampai 16 orang, hahaha :P Time tu rumah memang meriah gila lah, Serious weh, aku tak boleh nak lupakan kemeriahan tuh, Ada je benda nak dibahan + digelak. Tidur pun dah macam kereta api semua, berderet jer :D hahaha. Lepas raya, ada lima orang yang pindah rumah, diaorang dapat rumah yang lebih selesa sikit, so senang nak belajar (: hahahha. Dorang stay dengan kitaorang dari hari 1st sem 3 sampai lah lepas raya, pastu rumah aku tinggal 11 orang sekarang, but but but still meriah (Y) hahaha.

Now, nak cerita pasal time puasa hari tuh, Ini kali kedua aku berpuasa tanpa family aku. Sebab aku dari kecik memang berpuasa dengan family aku, Aku tak pernah sekolah asrama :D so, kira "kamsis" tu asrama pertama aku lah (Y) hahaha, tapi korang senyap2 jer, jangan bagitahu orang lain pulak eh, malu aku heehhe :D Beza untuk kali kedua ni aku berpuasa dekat rumah sewa, kalau yang first tu aku duduk kamsis, so sahur bukak puasa semua dekat kafe je, hahaha, jimat pun jimat kan :) so korang faham-2 jelah rumah bujang, mana nak masak-2 bagai kan? Tapi aku salute betul kat bebudak rumah aku nih, mereka berusaha untuk menjadi "master chef" kulim, hahaha :P Hari first puasa, time sahur tuh, bebudak rumah aku masak TOMYAM, ha korang ado? takdak kan? sedap tak sedap itu belakang kira lah, janji kenyang (Y) kira itulah kali pertama rumah aku dapur! hahahah :P kalau tak dapur tak nampak, pusat pelupusan sampah yang ada :D hehehe. Pastu kalau untuk berbuka pulak, kiteorang akan masak nasi dekat rumah, lauk-2 semua beli kat bazar. Nak kata jimat tu entah lah, kekadang rambang mata jugak tengok makanan yang sedap-2 tuh, main beli jer :D Hahaha. Ha, bila puasa kan susah nak tidur, pada bulan ni lah aku banyak ponteng kelas, puncanya tidur tak ingat dunia tu lah (Y) hahahhaa, kira tu zaman kejatuhan aku sebagai student lah, kelas bnyak skip dan pelbagai perangai lagi, tapi aku amek tu sebagai pengajaran. So ramadhan yang akan datang, AKU AKAN UBAH SIKAP AKU YA <3

Okay lah weh, aku rasa sampai sini dulu kot, aku pun nak keluar main basikal kejap lagi, nak ronda-2 kulim ni hah, kalau jumpa tu pin pin jer nanti aku sengih kat korang eh :D ahhahaha. Nanti insyaallah aku cerita pasal pengalaman aku beraya dekat KELANTAN DARUL NAIM pulak. Memang syok (: So korang tunggu jelah, kalau aku rajin, aku cerita ya <3

So akhir kata dari aku,
            bila lama tidak bersua, rindu kian bersarang di jiwa,
            di kala jaga di kala lena, wajah mu di mana-mana,
            I LOVE YOU MUMMY ♥