Count for me please ^^

Thursday 18 April 2013

JOB INTERVIEW FOR AE501

Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni aku ada interview kerja dekat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, kira sesi interview formal lah. Dia buat ni sebab nanti bila dah graduate tak ada la kelam kabut or takde experience pasal interview kan. So dia nak kita ready dari awal and pastikan kerja tu jadi milik kita.



Lama jugak ah masa lecturer aku bagi untuk prepare pasal interview ni, tapi macam biasalah, student macam kiteorang nih suka buat kerja last minute. Haha.

So, apa yang aku dah prepare untuk interview tu ialah seperti dibawah :-


1) Tell me about yourself?
  • I appreciatively take this opportunity to introduce myself. My name is Mohamad Shaiful Nizam b Mohd Ali. I am 20 years old. I have experience working at sime darby as land surveyor for my industrial training. I have a positive attitude and I don’t allow myself to become mired with the negative views. I can do my job well as I am a hardworking person and I’m always responsible.


2) What is your biggest weakness?
  • I had difficulty with concrete, but I’m always working on improving my concrete skills to be more experts in concrete. I recently join my friends when he makes concrete work, which I find very helpful to myself.


3) What is your biggest strength?
  • Surveying and still is one of my best qualities. I have the skills in measuring the efficiency and accuracy in surveying to produces better results, which is important in construction.


4) Why should we hire you?
  • Hire me because I’m the person for the job. I realize that there are likely other candidates who also have the ability to do this job. Yet I bring an additional quality that makes me the best person for the job. My passion for excellence. I am passionately committed to producing truly world class result.


5) Why do you want this job?
  • I want this job because I need it. I want to improve my skills and learn many things as soon as possible. Your company has a good reputation. In this environment, I can combine my knowledge and experience well. I can challenge myself and reach my goal.


6) Where do you see yourself in 5 years time?
  • In five years, I see myself as a successful engineer and learning new skills that will benefit your company and help me achieve my career goals.


7) If I send you to Sabah/Sarawak how do you feel about it?
  • Yes I can go to Sabah or Sarawak, I’m independent person.


8) Do you plan to further  studies?
  • Yes, but only through part time and only if your company allows it.


9) Do you have any question?
  • Do I get the chance to work on site? Because I love site working.
  • Well, obviously I would expect a salary that is in line with the level and responsibilities of the job and my experience. From my research, the civil engineer that have diploma is around 1100 to 1300.


Ha, 9 soalan ni jer yang aku prepare and yang lain datang dari otak dan kespontanan sendiri, tapi alhamdulillah soalan yang dia tanya dekat aku semua datang dari ayat yang aku prepare tuh, Hahahha, ejam you're so lucky. Kawan2 yang lain dapat mcam2 jenis soalan ada, contoh mcm:

"If I send you work at Tesco, what job can you do?"

hahahahhaha, kalau aku aku ckap jer jadi boss :P tapi macam2 jawapan aku dgar and semua lawak2. Tapi alhamdulillah semua budak kelas aku lepas interview tuh. cuma biasalah mesti ada mistake sikit-2 and benda tu boleh settle :P

So, lepas aku interview, Sir tu bagi comment "Perfect but you have 1 mistake, you burukkan supervisor you"

Hahahaa, time dia tanya aku "Do you have any problem when you work at your company before?"  Aku cakap aku ada 2 masalah, satu transport satu lagi supervisor aku tak "eco friendly". So mistake dia bila aku kutuk supervisor aku lah, So markah dah kurang kat situ, 

Aku sendiri tak sedar aku dah burukkan supervisor aku, sebab memang betul pun benda tuh :3 hahahaha.
Tapi okay lah, lepas je interview tu hilang semua tension and masa untuk snap2 gambar. :P


Tengok, dah ada gaya mcam Engineer-To-Be tak? hahahha. Ni lepas habis interview and nak balik rumah (:
Yang pasti, sir tu cakap kalau tu interview yang betul "YOU GOT THE JOB!!" hew hew :3




Wednesday 23 January 2013

Menikam sanubari seorang insan yang bergelar "KAWAN"

Assalamualaikum semua,

Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."



Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haram jadah hilang entah kemana? Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.

"Jangan ingat yang dah berkawan dengan kita lebih dari 10 tahun, mampu menjadi kawan susah senang kita." Perkara ni sering membuai-buai dalam otak aku. Aku tak pernah tolong dorang ke masa dorang susah? Tapi asal bila aku susah dorang payah gila nak tolong?


Ye memang, dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku, tetapi lagi banyak kita berkawan, lagi banyak ragam yang akan kita jumpa. Tapi masalahnya apabila mereka senang mereka akan terus lupa kan kawan. Mereka akan cari pula kawan yang boleh enjoykan diri mereka pula. Tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu. Adakah dia akan "gentle" tolong korang atau lari lingtang pungkang tinggalkan korang?



Korang kena sedar yang hidup ini umpama roda. Mungkin sekarang korang berada kat atas, tapi korang mesti akan turun ke bawah jugak suatu hari nanti. Tidak selama-lamanya duduk di atas. Bayangkan suatu hari nanti korang pulak yang kena camtu? Apa korang rasa? Tolong sedar ya kawan.

Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.

Bila perkara sebegini dah menjadi lumrah, Ia membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana sikap suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang hanya untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.

Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.

Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.

Betul ke ayat ni? "Sahabat yg baek tu seperti lampu kecemasan ketika blackout, alarm clock tatkala tertidur nyenyak, seperti Popia Nestum(tak pernah makan) yang sedap di ptg hari." Korang rasa?

Hmm,

Bila terjatuh, sengaja dibebankan lagi batu berat di atas kaki ini, supaya langsung tidak dapat bangun. Bila tengah jadi top student, femes, dan disanjungi, "Oh itu kawan baik aku tuh!" Bila kecelakaan, digantung pengajian, repeat paper etc, "Oh itu coursemate aku je, tah, tak kenal sangat." Hahaha kuang ajo. Tapi tu la hakikatnya, kan? Tak semua menerima kita bila kita 'di bawah'.

Bila banyak spotlight begemerlapan fokus pada kita, banyaklah bayang-bayang kiri dan kanan depan dan belakang, sahabat datang tidak terbilang, bila tiada cahaya menyuluh diri, semuanya menjadi gelap, hidup cuma bersendiri.

Susah gak nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. Ada pulak bila dah berkawan elok-elok ambik kesempatan pulok. Kawan tikam kawan. Pastu kawan yang kena tikam tu mati terbaring sebab kecewa sangat. Maksudnya kawan tu senyap - senyap ambik kesempatan atas kebaikan kita. Kawan macam ni yang payah sikit kita nak detect kan? Hipokrit. Luaran aje nampak baik, senyum kat kita 24 jam, tapi belakang pergh macam mau ratah dan makan kita. Paradoks aje. 

Selalu dengar orang cakap sahabat itu umpama mutiara didalam lautan yang sukar ditemui & berharga. Tapi sejauh mana berharganya sahabat itu jika kita sendiri tak pernah menghargai dan menilai erti persahabatan. 

Kalau macam ni apa kata ketepikan saja falsampah "kawan biar seribu" dah kalau dapat kawan yang amalan hariannya hanya menyumpah, mencerca, memaki, memfitnah sesama insan. Biaq pi dorang takde kawan. Ngeh, ngeh, ngeh.

Betul lah tu, sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. (:
Sahabat sejati ada, tapi x ramai. Sahabat sentiasa berubah mengikut tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar. Kalau nak kekal sampai dah berkeluarga, ada anak, sampai tua, x pasti la kan. 

Selalu orang cakap sahabat sejati mesti ada di kala susah, senang, sedih dan macam-macam lagi, tapi kita pun tak lah begitu sejati untuk sentiasa berdamping dengan segala permasalahan dan kesenangan sahabat lain.


Disini nak bagi sedikit nasihat yang berguna dan diharapkan untuk renungan anda semua.

  • buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
  • orang buat baik dibalas baik, orang buat jahat kita balas baik
  • jika orang itu jahat kita mesti berhati-hati, namun orang yang baik juga perlu berhati-hati kerana tiada siapa tahu sikap jahatnya
  • hidup jangan ada prasangka buruk, namun kita x lari dari prasangka~

Ya, ini hanya sekadar luahan hati. 


So akhir kata dari aku,
   "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang
mensia-siakan sahabat yang telah dicari."





Sunday 13 January 2013

Aspirasi minda mengukir senyuman :)

Assalamualaikum semua,

Hari ni punya mood tak berapa nak elok lagi, dekat poli pun banyak kerja yang kena buat, sampai tak dapat nak catch up dengan apa yang lecturer ajar.  Alahai, so tadi ramai yang kelam kabut cari penyelia untuk final project dorang.

So, dari banyak-2 idea yang aku dapat, aku amek "parking glow in the dark".  Lecturer pun dah bagi lampu hijau, tinggal nak proceed jer. Oh yaa, aku harap-2 projek ni dapat berjalan dengan lancar.

And now pasal mood aku, aku taktahu doh aku pk apa sebenarnya. Aku kosong kosong kosong :# Tapi apa apa pun, kena tabah. Jangan tunjuk yang aku ni takde life, now lah aku nak bentuk life aku. Bulat ke Segi tiga ke Bujur ke, tu semua aku yang kena bentuk.

Haa ejam, kau tak boleh berputus asa, Mada mada dane :')

So akhir kata dari aku,
  " Belukar kehidupan banyak liku tapi kenalah watlek watpeace"



Saturday 12 January 2013

Respiratori punca hidup ku (':

Assalamualaikum semua,

So lama tak jumpa korang kan, so korang sihat tak? Hmm, sekarang ni mood tak berapa nak okay, sebab macam-2 benda dok fikir.

Ehh nak tanya sikit, Best ke hidup couple? Best ke hidup single? Actually, apa yang aku nak dalam hidup aku? Kenapa kadang-2 tu aku rasa sunyi sangat? =.=' Tak ada orang nak kisah pasal aku ke? Tak ada orang ke nak tengok-2 kan aku ke? Tak ada ke orang nak tegur aku? Tak ada orang ke nak kawan dengan aku?

Terlalu banyak persoalan yang terungkai kat minda aku buat masa sekarang, Kalau nak list kan satu-2, rasanya letih tangan aku nak taip. Plus, yang buat aku hampa, diri aku sendiri tak boleh nak menjawabnya. Adakah ini yang aku nak T.T (to be continued)

So akhir kata dari aku,
      "tak semua kau nk kau dapat, tapi dgn usaha in sha allah kau dapat"