Count for me please ^^

Wednesday 23 January 2013

Menikam sanubari seorang insan yang bergelar "KAWAN"

Assalamualaikum semua,

Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."



Kenapa kawan masa senang sentiasa bersama, tapi bila susah haram jadah hilang entah kemana? Ini bukan nak meluahkan rasa hati yang gundah gelana atau apa-apa yang sehati sejiwa dengannya. Ini cuma sekadar pandangan secara umum. Tidak merujuk kepada sesiapa. Tidak menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan kita bersama. Korang perasan tak perkara sebegini selalu terjadi. Tak rasa menyirap ke kalau ada jenis kawan-kawan sebegini? Bila senang, semua nak rasa senang sama-sama, tapi bila susah, mane ada yang nak tanggung susah bersama.

"Jangan ingat yang dah berkawan dengan kita lebih dari 10 tahun, mampu menjadi kawan susah senang kita." Perkara ni sering membuai-buai dalam otak aku. Aku tak pernah tolong dorang ke masa dorang susah? Tapi asal bila aku susah dorang payah gila nak tolong?


Ye memang, dalam hidup ini berkawan adalah satu pekara yang mesti akan belaku, tetapi lagi banyak kita berkawan, lagi banyak ragam yang akan kita jumpa. Tapi masalahnya apabila mereka senang mereka akan terus lupa kan kawan. Mereka akan cari pula kawan yang boleh enjoykan diri mereka pula. Tapi terus terang aku memang terasa tetapi ingat nanti kalau ada masalah cuba lah pergi kepada kawan yang boleh besuka ria tu. Adakah dia akan "gentle" tolong korang atau lari lingtang pungkang tinggalkan korang?



Korang kena sedar yang hidup ini umpama roda. Mungkin sekarang korang berada kat atas, tapi korang mesti akan turun ke bawah jugak suatu hari nanti. Tidak selama-lamanya duduk di atas. Bayangkan suatu hari nanti korang pulak yang kena camtu? Apa korang rasa? Tolong sedar ya kawan.

Bagi aku perkara ni sebenarnya lumrah kehidupan kat muka bumi ni. Manusia kan macam-macam ragam. Macam-macam perangai. Memang tak boleh nak lari dari orang yang sebegini. Kat mana-mana pergi mesti ada. Tak mengira usia. Setiap lapisan masyarakat mesti ada punya. Dari yang kecil hinggalah yang ke tua.

Bila perkara sebegini dah menjadi lumrah, Ia membawa kepada suatu sikap yang negatif. Sikap yang aku maksudkan adalah suatu sikap di mana sikap suka mengambil kesempatan. Kawan-kawan yang mendekati dan bersama kita hanya pada waktu senang hanya untuk merasai kesenangan kita. Juga untuk menikmati rezeki yang kita dapat. Namun bila kita susah, tiada siapa pun yang datang hulurkan bantuan. Hilang, lesap, bungkus. Bak kata orang dulu-dulu, habis madu sepah dibuang. Memang haramjadah!.

Ada kes lain pulak. Tapi masih tergolong dalam kawan masa senang sahaja. Ada kawan-kawan yang bersikap berbelah bahagi. Maksud aku 50-50 untuk beri bantuan dan tidak memberi bantuan. Perasaan ingin tolong kawan yang hadapi kesusahan itu ada, tapi hati terlalu berat untuk berbuat demikian. Selfish!. Kenapa? Itu sendiri la kena fikir. Sebab manusia lain-lain pemikiran. Tapi begitulah gaya pemikiran manusia sekarang.

Kalau difikir dalam-dalam, difikir secara rasional, tak salah pun sebenarnya bersikap senang sama senang, susah sama susah. Tapi tengok jugak pada keadaan dan situasi. Sebab kita sama-sama manusia kan. Macam laut, ada waktu pasang, ada waktu surut. Jangan nanti bila dah tengah sesak, tengah susah mula la terkial-kial nak cari kawan-kawan mintak tolong.

Betul ke ayat ni? "Sahabat yg baek tu seperti lampu kecemasan ketika blackout, alarm clock tatkala tertidur nyenyak, seperti Popia Nestum(tak pernah makan) yang sedap di ptg hari." Korang rasa?

Hmm,

Bila terjatuh, sengaja dibebankan lagi batu berat di atas kaki ini, supaya langsung tidak dapat bangun. Bila tengah jadi top student, femes, dan disanjungi, "Oh itu kawan baik aku tuh!" Bila kecelakaan, digantung pengajian, repeat paper etc, "Oh itu coursemate aku je, tah, tak kenal sangat." Hahaha kuang ajo. Tapi tu la hakikatnya, kan? Tak semua menerima kita bila kita 'di bawah'.

Bila banyak spotlight begemerlapan fokus pada kita, banyaklah bayang-bayang kiri dan kanan depan dan belakang, sahabat datang tidak terbilang, bila tiada cahaya menyuluh diri, semuanya menjadi gelap, hidup cuma bersendiri.

Susah gak nak cari sahabat yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. Ada pulak bila dah berkawan elok-elok ambik kesempatan pulok. Kawan tikam kawan. Pastu kawan yang kena tikam tu mati terbaring sebab kecewa sangat. Maksudnya kawan tu senyap - senyap ambik kesempatan atas kebaikan kita. Kawan macam ni yang payah sikit kita nak detect kan? Hipokrit. Luaran aje nampak baik, senyum kat kita 24 jam, tapi belakang pergh macam mau ratah dan makan kita. Paradoks aje. 

Selalu dengar orang cakap sahabat itu umpama mutiara didalam lautan yang sukar ditemui & berharga. Tapi sejauh mana berharganya sahabat itu jika kita sendiri tak pernah menghargai dan menilai erti persahabatan. 

Kalau macam ni apa kata ketepikan saja falsampah "kawan biar seribu" dah kalau dapat kawan yang amalan hariannya hanya menyumpah, mencerca, memaki, memfitnah sesama insan. Biaq pi dorang takde kawan. Ngeh, ngeh, ngeh.

Betul lah tu, sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada. (:
Sahabat sejati ada, tapi x ramai. Sahabat sentiasa berubah mengikut tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar. Kalau nak kekal sampai dah berkeluarga, ada anak, sampai tua, x pasti la kan. 

Selalu orang cakap sahabat sejati mesti ada di kala susah, senang, sedih dan macam-macam lagi, tapi kita pun tak lah begitu sejati untuk sentiasa berdamping dengan segala permasalahan dan kesenangan sahabat lain.


Disini nak bagi sedikit nasihat yang berguna dan diharapkan untuk renungan anda semua.

  • buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
  • orang buat baik dibalas baik, orang buat jahat kita balas baik
  • jika orang itu jahat kita mesti berhati-hati, namun orang yang baik juga perlu berhati-hati kerana tiada siapa tahu sikap jahatnya
  • hidup jangan ada prasangka buruk, namun kita x lari dari prasangka~

Ya, ini hanya sekadar luahan hati. 


So akhir kata dari aku,
   "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang
mensia-siakan sahabat yang telah dicari."





Sunday 13 January 2013

Aspirasi minda mengukir senyuman :)

Assalamualaikum semua,

Hari ni punya mood tak berapa nak elok lagi, dekat poli pun banyak kerja yang kena buat, sampai tak dapat nak catch up dengan apa yang lecturer ajar.  Alahai, so tadi ramai yang kelam kabut cari penyelia untuk final project dorang.

So, dari banyak-2 idea yang aku dapat, aku amek "parking glow in the dark".  Lecturer pun dah bagi lampu hijau, tinggal nak proceed jer. Oh yaa, aku harap-2 projek ni dapat berjalan dengan lancar.

And now pasal mood aku, aku taktahu doh aku pk apa sebenarnya. Aku kosong kosong kosong :# Tapi apa apa pun, kena tabah. Jangan tunjuk yang aku ni takde life, now lah aku nak bentuk life aku. Bulat ke Segi tiga ke Bujur ke, tu semua aku yang kena bentuk.

Haa ejam, kau tak boleh berputus asa, Mada mada dane :')

So akhir kata dari aku,
  " Belukar kehidupan banyak liku tapi kenalah watlek watpeace"



Saturday 12 January 2013

Respiratori punca hidup ku (':

Assalamualaikum semua,

So lama tak jumpa korang kan, so korang sihat tak? Hmm, sekarang ni mood tak berapa nak okay, sebab macam-2 benda dok fikir.

Ehh nak tanya sikit, Best ke hidup couple? Best ke hidup single? Actually, apa yang aku nak dalam hidup aku? Kenapa kadang-2 tu aku rasa sunyi sangat? =.=' Tak ada orang nak kisah pasal aku ke? Tak ada orang ke nak tengok-2 kan aku ke? Tak ada ke orang nak tegur aku? Tak ada orang ke nak kawan dengan aku?

Terlalu banyak persoalan yang terungkai kat minda aku buat masa sekarang, Kalau nak list kan satu-2, rasanya letih tangan aku nak taip. Plus, yang buat aku hampa, diri aku sendiri tak boleh nak menjawabnya. Adakah ini yang aku nak T.T (to be continued)

So akhir kata dari aku,
      "tak semua kau nk kau dapat, tapi dgn usaha in sha allah kau dapat"