Assalamualaikum semua,
Jeng jeng jeng! Hari ni aku nak bercerita tentang hobi aku pada waktu lapang dan kengkadang pada waktu aku busy (tapi tetiba sempat buat hobi ni) hahhaha pelik kan? tapi itu lah kenyataan :) Iaitu hobi aku bermain satu permainan komputer yang diberi nama Defend Of The Ancient ataupun lebih dikenali sebagai (DOTA). Aku rasa majority perempuan kat luar sana "ANTI" gila dekat game ni kan? Hahaha. Termasuk lah kesemua kawan-2 perempuan yang aku kenali. Dorang cakap sebab game ni macam-2 benda boleh jadi.
Sebab bila lelaki tu tengah main dota, kemungkinan besar dia takkan hiraukan keadaan sekeliling dorang. Dorang tetiba akan menjadi seorang yang amat fokus kepada suatu benda yang dorang hadap, ha game tu lah, DOTA. Hahaha. Bukan nak cakap kosong lah, sebab benda ni pun banyak kali jadi dekat aku. Bila orang call time aku tengah main dota, aku tak akan angkat selagi game tu tak habis. Tapi bila orang penting yang call macam mak ayah aku, aku fikir dua tiga empat lima kali sebelum angkat, kengkadang aku tunggu sampai game aku habis baru aku call balik. Pastu mula lah kena bebel potpet potpet :) hehehe. Aku tahu benda ni banyak jadi kat ramai pemain dota, nak kata game ni berhantu entah lah, ketagih kat game ni amat luar biasa.
Contohnya macam aku lah, bila takde kelas aku main dota. Bila kelas batal aku main dota. Bila bangun tidur aku main dota. Lepas solat aku main dota. Lepas mandi aku main dota. Balik kelas aku main dota. Kira hidup aku hari-2 main dota. Ha sampai tak mandi tak makan tak minum pun takpelah. Janji dapat main dota. Pastu macam biasalah, aku selalu kena perli;
- "kenyang ke main dota tu?"
- "boleh wangi ke main dota tu?"
- "ada life ke main dota tu?"
- "boleh kaya ke main dota tu?"
- "dota tu lagi penting dari aku ke?"
- "kalau tak dapat main dota kau boleh mati ke?"
Hahaha, macam-2 lagi soalan sebenarnya, soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab. Aku taktahu lah sebab apa, kadang-2 aku tergelak sorang-2 bila fikir pasal ni. Walaupun aku tahu main game ni tak berfaedah, aku tetap akan main (: hahahha XD
Aku ada dengar dan baca orang post benda ni hah,
"jika boyfrenmu mengangkat telefon ketika dia sedang bermain dota,
maka janganlah kamu meninggalkannya kerana kamu benar-2 istimewa"
Hahaha, korang faham tak maksud dalam ayat kat atas ni? Bukan senang seseorang tu nak angkat fon ketika dia tengah main dota. Beribu alasan dorang boleh bagi, cakap pegi tandas lah, kat toilet lah, baru lepas makan lah. Haha, Lepas ni boleh lah korang cuba uji boyfren korang. Berani tak? Jangan kecewa sudah lah. Aku tak tanggung apa-2 yer kalau jadi apa-2 kat hubungan korang, korang pandai-2 lah dengan hubungan korang tuh. Aku cakap awal-2 and aku bagi cadangan jer. Hehehehhe :)
So akhir kata dari aku,
"Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain. :D"